Saturday, November 27, 2010

Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pembelajaran Aras Tinggi

Bahan Bantu Mengajar : Aras Tinggi

(a) Tin Milo ( saiz kecil, sederhana dan besar)
(b) Baldi berisi air
(c) Cawan (6 biji – sebiji setiap kumpulan)
(d) Kad Tugasan Kumpulan




Aktiviti Pembelajaran : Aras Tinggi

(a) Hasil Pembelajaran
ü  Mengukur Isipadu cecair dengan menggunakan non standard unit.

(b) Bahan-bahan
ü  Tin Milo ( saiz kecil, sederhana dan besar)
ü  Baldi berisi air
ü  Cawan (6 biji – sebiji setiap kumpulan)
ü  Kad Tugasan Kumpulan

(c) Langkah-langkah
ü  Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
ü  Murid ditunjukkan dengan video tentang isipadu/kapasiti sebagai set induksi.

ü  Setiap kumpulan diberi satu set alatan yang terdiri daripada 3 biji tin milo, 1 biji baldi, 1 biji cawan dan sekeping kad tugasan.
ü  Berpandukan arahan dalam kad tugasan, setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk menyiapkan tugasan.
ü  Loceng akan dibunyikan sebanyak 3 kali. Loceng pertama menandakan aktiviti bermula, loceng kedua sebagai peringatan bahawa aktiviti telah berjalan selama 10 minit dan loceng ketiga menunjukkan masa telah tamat.
ü  Setiap kumpulan diminta menampal kad tugasan di papan hitam.
ü  Murid dan guru membincangkan hasil tugasan mereka.

Bahan Bantu Mengajar dan Aktiviti Pembelajaran Aras Rendah

Bahan Bantu Mengajar : Aras Rendah

Aktiviti permainan adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Menurut Frobel (1805), proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan dan bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanak-kanak.


ü  1 botol kecil Jus Oren
ü  1 botol besar Jus Oren
ü  Beberapa biji cawan kertas
ü  2 biji mangkuk besar sama saiz






Aktiviti Pembelajaran : Aras Rendah


(a) Hasil Pembelajaran
ü  Mengukur Isipadu cecair dengan menggunakan non standard unit.

(b) Bahan-bahan
ü  1 botol kecil Jus Oren
ü  1 botol besar Jus Oren
ü  Beberapa biji cawan kertas
ü  2 biji mangkuk besar sama saiz

(c) Langkah-langkah
ü  Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
ü  Guru mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan dan diletakkan di atas meja di hadapan kelas.
ü  Murid ditunjukkan dengan 2 botol jus oren yang berlainan saiz tetapi sama jenisnya. Jus oren yang digunakan adalah jenis yang biasa dilihat oleh murid.
ü  Setiap kumpulan diberikan Lembaran Kerja.
ü  Seorang murid secara rawak diminta ke hadapan kelas. (Murid A)
ü  Murid lain diminta meneka bilangan cawan yang dapat diisi dengan jus oren dari botol kecil. Guru mencatat di papan hitam 3 tekaan dari kumpulan yang berbeza.
ü  Murid A diminta menuang jus oren dari botol kecil ke dalam cawan kertas sehingga habis. Setiap kumpulan akan membilang bilangan cawan yang diperlukan dan mencatat keputusan di dalam Lembaran Kerja.
ü  Kumpulan yang meneka dengan tepat atau hampir tepat diberi ganjaran.
ü  Langkah pembelajaran diulang menggunakan botol jus oren yang besar dengan murid B
ü  Murid A dan B diminta ke memasukkan semula jus oren yang telah dituang ke dalam 2 mangkuk yang telah disediakan. (Mangkuk A dan B)
ü  Murid diterangkan bahawa mangkuk A mempunyai isipadu yang sedikit berbanding mangkuk B yang mempunyai jus oren yang banyak.