Bahan Bantu Mengajar : Aras Rendah
Aktiviti permainan adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Menurut Frobel (1805), proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan dan bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanak-kanak.
ü 1 botol kecil Jus Oren
ü 1 botol besar Jus Oren
ü Beberapa biji cawan kertas
ü 2 biji mangkuk besar sama saiz
Aktiviti Pembelajaran : Aras Rendah
(a) Hasil Pembelajaran
ü Mengukur Isipadu cecair dengan menggunakan non standard unit.
(b) Bahan-bahan
ü 1 botol kecil Jus Oren
ü 1 botol besar Jus Oren
ü Beberapa biji cawan kertas
ü 2 biji mangkuk besar sama saiz
(c) Langkah-langkah
ü Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
ü Guru mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan dan diletakkan di atas meja di hadapan kelas.
ü Murid ditunjukkan dengan 2 botol jus oren yang berlainan saiz tetapi sama jenisnya. Jus oren yang digunakan adalah jenis yang biasa dilihat oleh murid.
ü Setiap kumpulan diberikan Lembaran Kerja.
ü Seorang murid secara rawak diminta ke hadapan kelas. (Murid A)
ü Murid lain diminta meneka bilangan cawan yang dapat diisi dengan jus oren dari botol kecil. Guru mencatat di papan hitam 3 tekaan dari kumpulan yang berbeza.
ü Murid A diminta menuang jus oren dari botol kecil ke dalam cawan kertas sehingga habis. Setiap kumpulan akan membilang bilangan cawan yang diperlukan dan mencatat keputusan di dalam Lembaran Kerja.
ü Kumpulan yang meneka dengan tepat atau hampir tepat diberi ganjaran.
ü Langkah pembelajaran diulang menggunakan botol jus oren yang besar dengan murid B
ü Murid A dan B diminta ke memasukkan semula jus oren yang telah dituang ke dalam 2 mangkuk yang telah disediakan. (Mangkuk A dan B)
ü Murid diterangkan bahawa mangkuk A mempunyai isipadu yang sedikit berbanding mangkuk B yang mempunyai jus oren yang banyak.


No comments:
Post a Comment