(a) Tin Milo ( saiz kecil, sederhana dan besar)
(b) Baldi berisi air
(c) Cawan (6 biji – sebiji setiap kumpulan)
(d) Kad Tugasan Kumpulan
Aktiviti Pembelajaran : Aras Tinggi
(a) Hasil Pembelajaran
ü Mengukur Isipadu cecair dengan menggunakan non standard unit.
(b) Bahan-bahan
ü Tin Milo ( saiz kecil, sederhana dan besar)
ü Baldi berisi air
ü Cawan (6 biji – sebiji setiap kumpulan)
ü Kad Tugasan Kumpulan
(c) Langkah-langkah
ü Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
ü Murid ditunjukkan dengan video tentang isipadu/kapasiti sebagai set induksi.
ü Setiap kumpulan diberi satu set alatan yang terdiri daripada 3 biji tin milo, 1 biji baldi, 1 biji cawan dan sekeping kad tugasan.
ü Berpandukan arahan dalam kad tugasan, setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk menyiapkan tugasan.
ü Loceng akan dibunyikan sebanyak 3 kali. Loceng pertama menandakan aktiviti bermula, loceng kedua sebagai peringatan bahawa aktiviti telah berjalan selama 10 minit dan loceng ketiga menunjukkan masa telah tamat.
ü Setiap kumpulan diminta menampal kad tugasan di papan hitam.
ü Murid dan guru membincangkan hasil tugasan mereka.



No comments:
Post a Comment